Malaysia Catat RM17.5 Juta Di Pameran Makanan Australia

6f4341d8be31c52d6fe260c8370f0cfa66da6d6b9f677 Kredit: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Malaysia b0bf0bbd4d5268415ead648e8c1481a166da6df48a0ec Kredit: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Sept(Iteenews) — Penyertaan Malaysia dalam pameran Fine Food Australia dari 2 hingga 5 Sept di Melbourne mencatatkan nilai perdagangan sebanyak RM17.5 juta dengan potensi untuk mencecah RM64.0 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Kementerian Pertanian danKeterjaminanMakanan dalam kenyataan hari ini, penyertaan Malaysia mendapat sambutan baik daripada pemain industri tempatan, termasuk pengimport dan perkhidmatan hospitaliti, dengan potensi untuk memasuki rangkaian pasar raya besar seperti Costco.

“Pameran perdagangan antarabangsa ini menampilkan lima syarikat dari Malaysia dan pengimport Malaysia yang berpangkalan di Melbourne,”katanya.

Katanya buah-buahan kering beku, minuman tenaga, sambal, pes masakan dan produk berasaskan durian telah menarik perhatian ramai pengunjung.

Pejabat Kaunselor Pertanian (ACO) di Sydneymenyertai pameran itu dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA).

Konsul Jeneral Malaysia di MelbourneNik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud berkata penyertaan negara membuka peluang baharu kepada pengeksport Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau berkata lebih banyak produk makanan Malaysia akan memasuki pasaran Australia, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Menurut Naib Konsul ACO Sydney Kalaivani Gohbal,Australia antara rakan dagang strategik utama Malaysia dalam sektor agromakanan.

“Dengan masyarakat Australia yang pelbagai dan berbilang budaya, produk makanan Malaysia mempunyai peluang yang besar untuk diterima dengan baik di sini. Kepelbagaian ini mewujudkan ruang untuk produk Malaysia menarik minat pelbagai komuniti di seluruh Australia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *