Malaysia Catat 58.6 Juta Pelancong Domestik Pada Suku Pertama 2024

a417f8bdf2da7efb098e49491a3c53ee5ea6fe6bd162aKetua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof (gambar fail)

BACHOK, 7 Sept (Iteenews) — Malaysia mencatatkan 58.6 juta pelancong domestik bagi suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 19 peratus berbanding 49.26 juta bagi tempoh samatahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM24.1 bilion perbelanjaan pelancong domestik direkodkan.

"Jumlah perbelanjaan pelancong domestik ini meningkat 25.3 peratus berbanding tahun lepas yang berjumlah RM19.21 bilion.

"Pelancong domestik diambil kira bagi yang melakukan perjalanan melebihi 25 kilometer dan bermalam manakala jika tidak bermalam, mereka tidak dikira sebagai pelancong, hanya direkodkan sebagai pelawat biasa atau datang untuk bekerja," katanya kepada pemberita pada program Temasya Orang Kampung (TOK) 3.0 "Sanggar Warisan"2024 di Kem D'Telongdi sini hari ini.

Beliau berkata antara faktor peningkatan pelancongdomestik ialah jumlah cuti yang banyak dan kecenderungan untuk menikmati ketenangan terkini menjadi trend semasa rakyat Malaysia.

Musa berkata antara negeri yang tertinggi dikunjungi ialah Selangor, diikuti Pahang dan Melaka yang mempunyai banyak tarikan pelancongan.

"Orang sekarang sukahealing, bercuti atau melancong yang kini bukan lagi berkaitan dengan kemewahan, tetapi lebih kepada keperluan untuk mencari ketenangan dan berseronok bersama keluarga," katanya.

Beliau berkata pelawat dicadangkan membuat perancangan awal bagi mengelak kos lebih mahal terutama pada musim kemuncak seperti cuti sekolah atau perayaan.

Mengulas mengenai program TOK, beliau berkata penganjuran aktiviti pelancongan di pedalaman mampu dijadikan antara tarikan pelancong ke Malaysia yang memberi pengalaman peribadi menyertai sukan rakyat, seni budaya dan produk kraftangan tempatan mampu memberi penilaian berbeza kepada pelancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *