Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika merasmikan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 Sept(Iteenews) — Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjukterkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, prestasi itu jelas memberi petanda bahawa Malaysia berjaya mendepani cabaran yang dihadapi menerusi pembaharuan, namun ia bukanlah satujaminan yang kekal.
“Bila ada perbincangan, saya nyatakan jangan membuat ukuranbegitu. Pencapaian inihanya memberi sedikit petanda.Tetapi kita harus tanya apakah pencapaian cita-cita Ekonomi MADANIdan SDG ini, sesuatu yang perlu untuk negara dan bagi manusia.
“Dan sekiranya jawapan itu perlu, maka kita harusbergegas dengan upaya yang lebih untuk mencapai prestasi yang terbaik. Itubagi saya petanda aras kita,” kata Anwarmenerusiucap tama beliau semasa merasmikanSidang Kemuncak SDG 2024, di sini, hari ini.
Justeru, beliau berkata, Malaysia terus komited untukmencapai matlamat SDG, dengan cara terbaik.
"Kita harus melakukan apa sahaja yang perlu sebaik mungkin untuk memastikan kita mencapai matlamat ini dengan lebih hebat lagi keranaitulah sebenarnya maknaMadani," katanya.
Perdana MenteriberkataKerajaan MADANIamat komited untuk menangani isu-isu nilai, kemanusiaan, dan belas ihsan, melangkaui tonggak utama SDG, yang menumpukan kepada kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
"Saya terkejut dengan hakikat bahawamasih adapemimpin yang tidak percaya denganimpak daripada iklim. Dengan semua tahap kecanggihan, pengetahuan dan pemahaman ini, kita masih berdepanmasalah itu,” tegas beliau.
Sehubungan itu,kata beliau, ini adalah bahagian yang perlu sentiasa ditambah baik oleh negara.