Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion – Timbalan Menteri

d525bec304b059277b1963e3810f4460664716b72dd63Datuk Arthur Joseph Kurup –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Iteenews) –Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Transaksipertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.

“Brazil sudah pun menjadi pengeksport utama produk daging halal ke negara majoriti Muslim, manakala, Malaysia diiktiraf di peringkat global berikutan sistem pensijilan halalnya yang mantap dibawahJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dengan menyelaraskan kekuatan masing-masing, kami boleh mengembangkan penyelidikan dan capaian kami dalam pasaran halal global,” katanya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di sini hari ini.

Kurup berucap pada majlis rangkaian anjuran Kedutaan Brazil di Malaysia, yang dipanggil Hari Rangkaian Brazil.

Timbalan menteri itu juga berkata Brazil dan Malaysia amat serasi untuk bekerjasama kerana mereka membawa kekuatan unik kepada sektor pertanian, yang saling melengkapi.

”Sama ada kemajuan teknologi Brazil dalam pengeluaran bijian jagung atau kepimpinan Malaysia dalam pensijilan halal, peluang untuk kerjasama adalah sekata.

“Dengan bekerjasama, Malaysia serta Brazil bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pertanian domestik mereka tetapi juga memberi sumbangan besar kepada keselamatan makanan global,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Brazil ke Malaysia, Ary Quintella, dalam ucapannyaberkata penganjuran acara rangkaian itu bagi tahun kedua memberi peluang untuk mengesahkan semula dua perkara utamaiaitu pengiktirafan Brazil terhadap kepentingan MIHAS kepada ekonomi Islam serta status Brazil sebagai sumber produk halal berkualiti tinggi dan berpatutan yang boleh dipercayai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *