Malaysia Bersedia Hadapi Era Baharu Pelaburan, Disokong Visi Ekonomi Jelas – Amir Hamzah

659f8189f2d7e1f1a2c290f98961b030672cbd0e8d266Datuk Seri Amir Hamzah Azizan–fotoBERNAMA (2024)

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Iteenews) –Malaysia bersediamenghadapiera baharu pelaburan, disokong oleh visiyang jelas untuk mentransformasikan ekonomi dan komitmen menarik pelaburan sejajar dengan pertumbuhan tinggi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan utama, menarik pelaburan bernilai tinggi, seperti yang digariskandalam Aspirasi Pelaburan Baharu.

“Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, rangka kerja Ekonomi MADANI akan meneruskan fokusuntuk mencergaskan semula ekonomi, memacu pembaharuan dan memakmurkan negara,” katanya semasa berucap pada pelancaran Portal InvestMalaysia, hari ini.

Antara landskap pelaburan yang semakin berkembang di Malaysia adalahStrategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), serta Rangka Kerja Insentif Pelaburan Baharu yang dijangka diumumkan pada suku pertama 2025.

Amir Hamzah berkata, rangka kerja itu bertujuan untuk membuka saluran baharu kepada pelabur, termasuk insentif cukai dan dana pelaburan strategik.

Selain itu, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan juga komited untuk menyalurkan RM120 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang menerusipelaburan langsung domestik ke arah industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, katanya.

“Pembaharuan ini disokong olehasas kukuh kita, mengukuhkan daya tahan kita dan memaksimumkan potensi pertumbuhan rantaian bekalan tempatan – seterusnya meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang ideal dan selamat yang menjanjikanpulangan tinggi,” katanya.

Sementara itu, kerajaan hari inimelancarkan portal InvestMalaysia (www.investmalaysia.gov.my) untuk menyediakan kepada pelabur maklumat penting mengenai pelaburan di Malaysia.

Portal itu bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan menarik dengan mengetengahdan mempromosikan peluang pelaburan yang menarik dalam pasaran kewangan Malaysia kepada pelabur domestik dan asing