Malaysia Bakal Perkenal Rangka Kerja Kawal Selia Sasar Jadi Hab CCUS Global – Rafizi

72b658207fc1c19f832ac0a026d30a5766f3dbf6d2e72 Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Iteenews) — Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampandi parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikannegarasebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata dengan pengalaman dan kelebihan yang dimiliki Malaysia sudah sampai masanya bagi negara untuk meletakkan dirinya sebagai peneraju CCUS.

“Dan memandangkan Asia sahaja akan membentuk 50 peratus daripada permintaan CCUS global pada2050, Malaysia telah mengambil tindakan pantas untuk memanfaatkan keupayaan teknikal sedia ada kita dan tapak storan utama rantau ini.

"Saya berharap (rang undang-undang) yang kami akan bentangkan pada November ini akan mempercepatkan penyatuan semua komponen industri CCUS untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju CCUS serantau dan juga global," katanya ketika berucap pada majlispembukaan rasmipameran perdagangan Minyak dan Gas Asia (OGA) 2024 edisi ke-20, di sini, hari ini.

Mohd Rafizi berkata sebagai sebahagian daripada usahauntuk menjadikan negara sebagaihab CCUS serantau di Asia, Malaysia jugatelah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan beberapa negara untuk membina momentum bagi pusingan bidaan tahun depan.

Beliau berkata kesan bersih paradigma ekonomi baharu ini bakal menciptalebih 200,000 pekerjaan dan menjana nilai tambah kasar kira-kira US$250 bilion bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Menurutnya,CCUS merupakansatu daripada enam pemacuperalihan tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang dilancarkan tahun lepas dan projek perdana sahaja di bawah NETR dijangka membawa masuk pelaburan berjumlah lebih RM25 bilionmerentasi setiap enam inisiatifini.

“Bagaimanapun, untuk merealisasikan cita-citamenjadi hab tenaga boleh baharu kitamemerlukan pembiayaan kira-kira RM1.3 trilion menjelang 2050. Peruntukan kerajaan sebanyak RM2 bilion di bawah FasilitiPeralihan Tenaga Nasional akan membantu menyokong usaha ini,” katanya.

Sementara ituMohd Rafizi berkata permintaan minyak dijangka memuncak pada 2030 yang akanmenyebabkan kesan "penguranganberperingkat" bahan api fosil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *