KUALA LUMPUR, 25 Okt (Iteenews) –Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyertai CEO Action Network (CAN),gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
Dalam satu kenyataan, syarikat indukMalaysia Airlines itu berkata CANberusaha memperkasakan ahlinya dalammembentuk model perniagaan yang bersedia untuk masa hadapan dengan strategi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bersepadu.
Ia didorong oleh aliran kerja CAN, kumpulan kerja berdedikasi dan kerjasama ahli yang aktif.
“Sebagai sebahagian daripada penglibatannya, MAG akan secara aktif menyumbang kepada aliran kerja Diversity Equity Inclusion (DEI).
“Inisiatif ini akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakan kongsi rantaian bekalan, pengawal selia dan penggubal dasar, kerajaan, serta rakanmerentasi pelbagai sektor untuk menjalin kerjasamayang komited terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan pembangunan mampan,” katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Kapten Izham Ismail berkata penyertaan dalam aliran kerja DEI CAN melengkapkan misi meluas MAG untuk memperkasakan perwakilan wanita dalam tenaga kerja dan sektor penerbangan.
“Kami berbesar hati untuk mencapai kemajuan besar dalam aspek ini, apabila melepasisasaran35 peratus keseluruhan penyertaan wanita dalam tenaga kerja kami setakat ini, dengan 50 peratus dalam jawatan pengurusan kanan,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, kumpulan akan terus memantau dan melaporkan kemajuan inisiatif utama yang sedang dilaksanakan melalui laporan kemampanan tahunannya.
— BERNAMA