fb Tengku Zafrul fb Tengku Zafrul
Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 14 Jan (Iteenews) — Malaysia mengalu-alukan kalangansyarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata justeru, sewaktu lawatan kerja tiga hari diUAE bermula Ahad, beliau telah mengadakan pertemuan dengansyarikat dana kekayaan berdaulat negara ini.
Beliau berkata dalam pertemuan dengan syarikat Masdar, kerajaan memaklumkan akan memudah cara rancangan pelaburan Masdar di Malaysia secara usaha sama dengan syarikat tempatan bagi projek tenaga hijau, infrastruktur, bateri utama serta memperkukuh grid tenaga.
“Bagi Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), ia melibatkan projek berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan rangka kerja Ekonomi MADANI selain projek di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) iaitu pembuatan termaju.
“Ini juga (melibatkan) pembangunan infrastruktur, teknologi hijau, TBB, logistik, kesihatan, ekonomi digital dan pendidikan,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang media pada akhir lawatan beliau ke UAE di sini, pada Selasa.
Beliau tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja tiga hari di UAE, antara lain bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW)serta meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-duanya.
Ia merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke UAE sejak Oktober 2023, dan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Anwar turut menyambut baik hasrat ADIA untuk bekerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) bagi penstrukturan semula Malaysia AirportsHoldings Bhd (MAHB).