KUALA LUMPUR, 15 Okt (Iteenews) — Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasabagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan daripadapemerhatian, terdapat pelbagai potensi dari segi ekonomi yang boleh diraih oleh Malaysia melalui penglibatan yang lebih erat dengan gagasanBRICS.
Antara faedah signifikan yang boleh dimanfaatkan Malaysia adalah menjadikan BRICS sebagai suatu landasan untuk mengetengahkan pandangan dan pendirian mengenai isu ekonomi serantau melalui dialog, forum dan perbincangan dengan negara anggota BRICS, tambah kementerian itu.
“Penglibatan dalam dialog dan perbincangan ini membuka peluang yang lebih luas kepada Malaysia untuk mempelbagaikandan memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara anggota BRICS.
“Dengan penekanan kepada prinsip keberkecualian tanpa menjejaskan hubungan dengan rakan dagang utama sedia ada, Malaysia boleh mengambil peluang untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi dengan negara seperti Brazil, Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu dalam sektor strategik, antaranya industri halal, biodiversiti dan pembangunan mampan,”menurut MITI menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
MITI menjawab soalanGanabatirau Veraman (PH-Klang) mengenai jaminan kerajaan bahawa keanggotaan BRICS akan selama-lamanya kekal sebagai pakatan berasaskan pelaburan dan perdagangan.
Beliau juga ingintahu mengenai langkah yang akan diambil Malaysia jika BRICS berkembang menjadi suatu kerjasama ketenteraan pada masa depan.
Sehubungan itu, MITI menjelaskan bahawa kerajaan berpendapat bahawa perkara itu mampu memberikan kesan besar kepada geopolitik global.
“MITI dimaklumkan bahawa pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu mengambil beberapa langkah strategik bagi menyesuaikan diri dengan landskap baharu tersebut.