Foto: REUTERS
KUALA LUMPUR, 11 Nov(Iteenews) – Malaysia sedang memantau rapat kemungkinan perubahan yang mungkin berlaku yang akan memberi kesan kepada ekonomi global dan tempatan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata sementara menunggu pengumuman dasar baharu daripada Washington, kerajaan sentiasa bersiap sediauntuk menilai dan menyesuaikan dengan sebarang perkembangan yang boleh mempengaruhi landskap ekonomi Malaysia.
“Saya fikir mana-mana negara di dunia, memandangkan pengaruh besar AS ke atasekonomi global, akan melihat dengan teliti terhadap apa sahaja kesan daripada perubahan pentadbiran AS terhadap ekonomi dan pentadbiran tempatan.
“Saya fikir sementara kita akan menunggu pengumuman seterusnya, kita akan memantau bagaimana pentadbiran Trump akan memberi kesan kepada ekonomi global dan ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urusindustri bagi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia perlu pantasuntuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk perkembangan geopolitik danantarabangsa yang mungkin timbul daripada perubahan pentadbiran, bukan sahaja di AS tetapi di mana-mana rakan dagang utamanegara.
“Tetapi banyak rancangan kita berkaitansemikonduktor dan peralihan tenaga didorong oleh keperluan kita sendiri di dalam negara. Dan kebanyakannya bercirikanstruktur
“Ini bermakna ia adalah sesuatu yang perlu kita lalui untuk memperkukuhkan lagiindustri dan ekonomi kita,” katanya.
Mengenai perkembangan lain, Rafizi berkata RMK-13 akan merangkumi inisiatif untuk meletakkan negara sebagai penyedia global ekosistem pusat data yang komprehensif.
Bercakap pada sesi industri bersama pemegang taruhdaripada sektor elektronik, aeroangkasa dan automotif, beliau berkatavisi yang meletakkan Malaysia sebagai pusat utama pusat data, bukan sahaja dalam kapasiti pengehosan tetapi sebagai pemain komprehensif dalam rantaian nilai.