Malaysia akan mula tampil sebahagian daripada 40 kes penggunaan rangkaian 5G mulai akhir September

f08960c2357e1c2ad2147267ebf7e7af66ab6b6d7c90e Menteri Digital Gobind Singh Deo (tengah) pada gimik pelancaran Alibaba Cloud Digital Government Day & Launch of Digital Accelerator Program di sebuah hotel hari ini.Turut kelihatan, Naib Presiden Alibaba Cloud Intelligence Bridge Song (kiri) dan Pengurus Besar Wilayah Asia Tenggara Selatan Alibaba Cloud Intelligence Kun Huang (kanan ).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA e6e12a3bc7c6eb5665889d0f0751f98366ab6bf808263 Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika berucap pada Pelancaran Alibaba Cloud Digital Government Day & Launch of Digital Accelerator Program di sebuah hotel hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA dfa726e03d3a308bc2ffb02426ac0f2e66ab6c1595a4e Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika ditemui media pada Pelancaran Alibaba Cloud Digital Government Day & Launch of Digital Accelerator Program di sebuah hotel hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 1 ​​Ogos (Iteenews) — Malaysia akan mula menampilkansebahagian daripada 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G dalam pelbagai sektor utama pada akhir September sebelum mengambil alih kepengerusian Asean pada 2025, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata sektor yang akan terlibat antaranya penjagaan kesihatan, logistik, pelancongan dan pengangkutan.

“Saya harap usaha ini akan mula bergerak pada akhir bulan depan dan kita akan dapat melihat kes ujian dijalankan dan berjalan sehingga akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pemecut Digital oleh Alibaba Cloud di sini, pada Khamis.

Kes ujian merujuk kepada tindakan yang diperlukan untuk mengesahkan ciri atau fungsian tertentu.

Beliau berkata Digital Nasional Bhd (DNB) mencatatkan pencapaian mengagumkan dengan hampir 82 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh tiga tahun.

“Kami berjaya meningkatkan keupayaan 5G kami dan merekodkan hampir 14.8 juta pelanggan, kadar penggunaan sebanyak 43.6 peratus.

“Justeru, rakyat Malaysia sedang bergerak maju dalam aspek 5G. Bagi kes penggunaan kami telah memutuskan bahawa menjelang Disember, kami akan menghasilkan 40 kes pengunaan dan kerajaan telah meluluskannya,” katanya.

Sebelum ini Gobind dilaporkan berkata menjelang kepengerusian Asean pada 2025, Malaysia berminat untuk mengetengahkan keupayaan rangkaian persendirian 5G, dan melalui DNB, kerajaan menyasar untuk melaksanakan 40 kes pengunaan rangkaian persendirian 5G melibatkan pelbagai sektor di negara ini.

DNB akan bekerjasama dengan kementerian, agensi, syarikat telekomunikasi dan perusahaan yang berkaitan untuk menggalakkan penggunaan teknologi 5G merentas semua industri di Malaysia, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *