Malaysia Akan Meterai MoU Perdagangan, Tubuh Majlis Perniagaan Dengan Palestin

0745a5c06a33fb183b4770e5cbbc877f66b9d2eb22142 Kredit : FB Tengku Zafrul d33214309f73bb5fe1c421fe5da05aa966b9d2cbc27e4 Kredit : FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,12Ogos(Iteenews) –Jemaah Menteribersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pihaknyatelah menerima kunjungan Duta Besar Palestin diMalaysiaWalid Abu Ali di Menara MITI pagi tadi.

“Malaysia komited untuk membantu Palestin membangunkan semula ekonominya yang lumpuh.

“MoU ini akan saya tandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia bersama rakan sejawat saya dari Palestin,” katanya dalamhantaran di media sosialnya pada Isnin.

Tengku Zafrul berkatanilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Palestin pada 2023 meningkat sebanyak 52.1 peratus atau RM20.8 juta berbanding pada2022.

Perdagangan antara kedua-dua negara akan meningkat susulan pemeteraian MoU itu, katanya.

“Kita juga akan menubuhkan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-Palestin untuk meningkatkan kerjasama dalamkalangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Segala usaha ini mencerminkan sokongan Malaysia terhadap usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya

Beliau berkata kerajaan komited menyokong perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara sahabat untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi isu Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *