Malaysia Airlines Tawar Penerbangan Terus Ke Paris Bermula Mac 2025

9d6779269d907d832d5223e24e74da3c66dac1551fd2e

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Iteenews) –Malaysia Airlines akan menawarkan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 22 Mac 2025.

Malaysia Aviation Group (MAG) berkata perkhidmatan itu akan mengendalikan empat penerbangan mingguan, dan tiket untuk laluan itu akan tersedia mulai 6 Sept 2024, dengan tambang pengenalan pergi balik termasuk semua sebanyak RM3,699.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Kapten Izham Ismail berkata laluan Paris yang mewakili destinasi ke-68 Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat A350-900.

“Meskipunpasaran Eropah sangat berdaya saing, MAG melihat potensi besarlaluan Paris ini untuk menarik pelancong utama, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari jiran serantau.

“Dengan ketibaan pesawat berbadan lebar tambahan bermula suku keempat ini, kumpulan bersedia untuk terbang ke bandaraya yang dinanti-nantikankembali ke rangkaiannya,” katanya pada sidang media di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2024 (MATTA Fair 2024) di sini hari ini.

Izham berkata kumpulan itu telah menilai destinasi Eropah sejak tiga tahun lepas dan melihat Paris mempunyai permintaan penumpang yang tinggi bagisemuahala.

“Ia boleh mengubungkan penumpangdari Amerika Utara dan Eropah Utara sertaAustralia, Asia dan New Zealand.

“Jadi pada asasnya, kami berasa sangat yakin bahawa Paris adalah destinasi terbaik dalam laluan pertumbuhan kami, dan ia juga membantu kami memudahkan usaha untuk menjadikan KLIA sebagai hab yang kukuh di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Menurut Izhamdestinasi tumpuan syarikat penerbangan itu pada 2025 adalah Australia dan Asia Selatan dengan jangkaan peningkatan permintaan bagi destinasi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *