Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke London

ee07fda460269651b16499c06826df7e62f9026a745b9

KUALA LUMPUR, 22 Mac(Iteenews) –Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dariLapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

Menurutsyarikat penerbangan itu dalam catatan di laman X,penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London keKuala Lumpur).

Malaysia Airlines menasihatkan penumpang untuk mengemas kini maklumat hubungan mereka di bahagian ‘My Booking’ dilaman web atau aplikasi mudah alih untuk menerima makluman penting dengan segera.

Lapangan terbang itu ditutup pada Jumaat selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrikberhampiran menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Menurut laporan berita, lebih1,300 penerbangan, termasuk empat penerbangan Malaysia Airlines, terjejas akibat penutupan tersebut, menyaksikan penerbangan dialihkan atau kembali ke destinasi asal mereka.

— BERNAMA