Kredit: YTL Corporation Berhad
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Iteenews) — Keuntungan bersihMalayan Cement Bhd (Malayan Cement) meningkat kepadaRM184.68 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis, 2024 daripadaRM121.18 juta tahun ke tahun.
Iadipacuoleh keuntungan sekali sahaja daripada pengambilalihan tanah wajib, kecekapan operasi, kos pengeluaran rendah dan pengurangan kos pinjaman.
Jumlah hasil bagi suku tersebut sedikit rendah kepadaRM1.153 bilion berbandingRM1.158 bilion tahun sebelumnya, berikutan jualan simen tempatan yang lebih rendah.
Bagi tempoh enam bulan, keuntungan bersih Malayan Cement melonjak kepadaRM324.12 juta daripadaRM217.28 juta manakala jumlah hasil lebih tinggi padaRM2.32 bilion berbandingRM2.31 bilion.
Kumpulan itu mengumumkan dividen interim 5.0 sen sesaham biasa dan 5.0 sensesaham keutamaan boleh tukar tidak boleh tebus bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025.
Kumpulan itu berkata, ia akan kekal fokus dalam memastikan kecekapan operasi, logistik dan pengedaran kerana ketidaktentuan ekonomi yang lebih meluas mungkin berterusan berikutan tekanan inflasi dan ketidaktentuan geopolitik.
— BERNAMA