KUALA LUMPUR, 31 Jan (Iteenews) — Malakoff Corporation Bhdtelah menyelesaikan pengambilalihan Zec Solar Sdn Bhd dan TJZ Suria Sdn Bhd.
Kumpulan itu melalui satu kenyataan hari ini menjelaskan iatelah memenuhi semua syarat awal di bawah perjanjian jual beli saham untuk pengambilalihan 22.39 juta saham, yang mewakili 51 peratus kepentingan ekuiti dalam ZEC Solar serta 49,000 saham biasa, yang mewakili kepentingan ekuiti 49 peratus dalam TJZ Suria.
"Pengambilalihan tersebut dijangka dengan segera meningkatkan kapasiti berkesan kumpulan kepada 159 megawatt (MW) dalam sektor tenaga boleh baharu (RE) selain mengoptimumkan kos operasi melalui sinergi sumber, menghasilkan skala ekonomi," katanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata pengambilalihan itu menekankan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pelan tindakan peralihan tenaga negara bagi menangani cabaran yang ditimbulkan oleh perubahan iklim, keselamatan tenaga dan memastikan kemampanan jangka panjang.
"Ia juga menyediakan loji rujukan untuk memenuhi keperluan langkah pembidaan solar berskala besar (LSS) di masa hadapan, baik di dalam atau di peringkat antarabangsa.
“Tambahan lagi,kami turutmenceburkan diri ke dalam projek tenaga hidro melalui Projek Sungai Galas RP Hydro (Kelantan) Sdn Bhd, berkapasiti84 MW,” tambahnya.
Anwar Syahrin berkata Malakoff juga telah memperoleh perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) dengan pemain industri utama seperti DRB-Hicom, UMW, Perbadanan Aset Keretapi serta Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
“Tidak dapat dinafikan bahawa Malakoff telah mewujudkan momentum dalam kami mempercepatkan peralihan tenaga negara,” katanya lagi.
“Ini membuktikankomitmen kami untuk menyumbang kepada sasaran negara dalam mencapai pelepasan sifar bersih seawal 2050 dan meningkatkan kapasiti RE kepada 70 peratus bagi tempoh yang sama, memupuk masa depan yang lebih mesra alam,” katanya.