Makmal Inovasi Kewangan Iklim Dijangka Beroperasi Pada Separuh Pertama 2025 – BNM

62a0747ec5d446011cd0ebc60f57a4706731e4b3aafc2

KUALA LUMPUR, 27 Jan(Iteenews) –Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL)yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM berkata CFIL bertujuanuntuk mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi melengkapkan dan meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan danaktiviti hijau,termasuk penyelesaian kewangan campuran yangmemanfaatkan perkongsian swasta-awam.

Kemajuan penubuhan CFIL telah dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) ke-14 pada 22 Jan, 2025, untuk menyemak perkembangan usaha yang sedang dijalankan dan membincangkan keutamaan dan pelan tindakannya bagi 2025.

Dalam satu kenyataan bersama JC3 hari ini, BNM berkata jawatankuasa itu akan menggiatkan lagi usaha untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam membina dayatahan iklim dengan menyediakan penyelesaian khusus PKS dengan kos yangberpatutan, berwibawa dan praktikal.

“Usaha ini termasuk memperkukuhkerjasama antara institusi perbankan dengan rakan-rakan strategik menerusiProgram Menghijaukan Rantaian Nilai bagi memberi PKS penyelesaianpenzahiran yang berpatutan kosnya untuk membolehkan PKS memenuhipermintaan berhubung dengan penzahiran pelepasan gas rumah hijaumereka,” kata kenyataan itu.

Bank Negara berkata JC3 pada 2025 akan terus memberikan tumpuan terhadap usaha membina daya tahan iklim sektor kewangan dalam tiga bidang utama iaitu menanganicabaran data, memudahkan peralihan PKS dan merangka penyelesaiankewangan iklim melalui penekanan kepada sektor yang sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara( NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP).

Selain itu, ia berkata jawatankuasa berkenaanakan bekerjasama dengan penyedia pensijilan untuk menyokonglaluan pensijilan PKS yang lebih mudah.

“Portal JC3 ESG Jumpstart juga akandipertingkatkan dengan ciri-ciri tambahan bagi mewujudkan komuniti PKS,pakar teknikal dan penyedia penyelesaian yang mantap,” katanya.

BNM berkata padaJulai 2025, JC3 akan menganjurkan persidangan berfokuskan PKSyang akan menghimpunkan PKS, penyedia penyelesaian, pembuat dasar danpeneraju syarikat korporat mampan untuk membincangkan tentang pelbagai isudan peluang yang berkaitan dengan pertumbuhan mampan dan pembangunanPKS.