MAHB Utamakan Kemampanan Dalam Pengembangan Lapangan Terbang, Operasi

209c67ad7c8d78d80a0b263ae4236f7667e3dc87eb6ca

Oleh Karina Imran

PERTH, 26 Mac(Iteenews) –Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) komited untuk menyeimbangkanpertumbuhan perniagaan dengan kemampanan, di sampingmengembangkan rangkaian lapangan terbangnyadan menarik syarikat penerbangan baru.

Pengurus Besar Kanan Strategi MAHBMegat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata syarikatitu yang menguruskan 39 lapangan terbang, termasuk lima lapangan terbang antarabangsa, 17 domestik dan 17 lapangan terbang pelepasan dan pendaratan singkat, dengan memfokuskanterhadap pengoptimuman kecekapan terminal.

"Ia adalah sebahagian daripada pelan induk yang kami bangunkan ketika COVID-19 melanda pada 2020. Sejak itu, unjuran juga telah menyebabkan kami mengubah suai dan menyemak semula pelan pengembangankami," katanya semasa sesi panel di Routes Asia 2025 di sini.

Beliau berkatasetiap lapangan terbangterutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mempunyai pelan induk tersendiri.

"Untuk KLIA, memberi tumpuan terhadappembangunan dan kecekapan. Matlamat kami adalah untuk menentukan cara terbaik bagimemperkemas pemprosesan penumpang di pelbagai titik sentuh, yang akan membantu meningkatkan kapasiti.

"Ini membolehkan kami menangguhkan peluasan fizikal yang besar sambil mengutamakan penggantian aset," katanya.

MAHB jugamelancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan jejak karbon operasi lapangan terbang, termasuk menggantikan aset lama dengan alternatif yang lebih cekap tenaga dan beralih kepada kenderaan elektrik untuk operasi pengendalian di darat.

Selain itu, iajuga melaksanakan pelan pengurangan karbon untuk setiap lapangan terbang, memberi tumpuan kepada pengurusan sisa, pengumpulan air hujan, pemasangan panel solar, dan elektrifikasi perkhidmatan darat lapangan terbang.