MAHB Sedang Muktamadkan Syarikat Ambil Alih Slot Penerbangan Di Subang

d12c141d00675c86447864e2e25a019567e3de559f7e8

Daripada Karina Imran

PERTH, 26 Mac(Iteenews) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.

Ini susulan langkah syarikat penerbangan AirAsia menumpukan operasinya di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) yang menyaksikan kekosongan lima slot harian di SZB.

Pengurus Besar Kanan StrategiMAHBMegat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata syarikat penerbangan yang berminat telah diberi tempoh dua minggu untuk mengemukakan permohonan masing-masing dan MAHB menjangka pemuktamadan peruntukan slot itu dapat diputuskan dalam beberapa minggu akan datang.

"Keputusan itu akan menentukan syarikat penerbangan mana yang akan beroperasi dari SZB serta laluan baharu yang diperkenalkan," katanya pada acara Routes Asia 2025 di Perth, Australia.

Megat Ardian berkata MAHB juga yakin wujudnya minat kukuh, khususnya daripada syarikat penerbangan antarabangsa untuk memantapkan lagi kesalinghubungan SZB dan meningkatkan peranannya sebagai pintu masuk pilihan untuk perjalanan serantau.

Pada masa ini, katanya, syarikat pengendali lapangan terbang itu sedang meneliti permohonan berdasarkan permintaan laluan serta potensi impaknya ke atas Terminal 1 KLIA.

Sejajar itu juga, perbincangan denganSuruhanjayaPenerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang dijalankan untuk memutuskan kelulusan laluan terbabit, katanya.

“MemandangkanKLIA dan Lapangan Terbang Subang berkongsi ruang udara sama, KLIA sentiasa diberi keutamaan. Apabila operasi penerbangan di KLIA berkembang dan lebih banyak slot ditambah untuk menampung pertumbuhan, ini secara langsung memberi kesan ke ataskapasiti ruang udara Subang.