MAHB Akan Dinyahsenarai Dari Pasaran Utama, Hari Terakhir Dagangan Pada 19 Feb

27a3d56c9c96e81c6eb9917efb66366f67877a90411cd

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Iteenews) –Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari iniberkata kekurangan dalamperatusan saham syarikat yang dimiliki pelabur awam berlaku sebagai akibatlangsung daripada tawaran tersebut.

Katanya, kekurangan itu dijangka terus meningkatakibat penerimaan sah tambahan di bawah tawaran berkenaan sehingga ia ditutup untuk penerimaan pada 12 Feb,2025 (5 petang).

"Setakat 5 petang hari ini, jumlah saham MAHB yang dimiliki oleh pemberi tawarandan pemberi tawaran bersamatermasuk saham MAHB yang dipindahkan kepada pemberi tawarantetapi masih menunggu penerimaan dokumen tawaran yang tertakluk kepada pengesahan,membentuk 95.11 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB," katanya.

Sementara itu, Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) serta pemegang sahamnya (konsortium), dalam satu kenyataan berkata pihaknyakini akan mengambil langkah perlu untuk menyahsenaraiMAHB dari senarai rasmi Bursa Malaysia dan hari terakhir saham MAHB akan diniagakan secara awam adalah pada 19 Feb,2025.

Selain itu, konsortium itujuga akan mengambil langkahperlu untuk mengambil alihsecara wajibsemua baki saham dalam MAHB yang tidak dimilikinya selepastempoh akhir tawaran ditutup mengikut Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

"Konsortium berharap dapat bekerjasama rapat dengan MAHB bagimerealisasikan potensinya menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia yang kompetitif, cekap, komersial dan bertumpukanperkhidmatan.

"GDA mengakui MAHB memerlukan pelaburan dalam infrastrukturnya dan penambahbaikan dalam operasinya untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik selainmenyokong pengembangan, yang kedua-duanya akan memberi manfaat kepada Malaysia secara keseluruhan," katanya.

Konsortium juga percaya perubahan MAHB adalah yang terbaik untuk dilaksanakan sebagai syarikat persendirian, disokong oleh pelabur strategik dan kewangan dengan kepakaran teknikal antarabangsa.