Kredit: Laman web rasmi GE Vernova Inc
KUALA LUMPUR, 14 Mac(Iteenews) –GE Vernova Inc mengumumkan pengoperasian loji jana kuasaPulau Indahyang dibangunkan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holdings Bhd (WHB).
Kemudahan 1,200 megawatt (MW) itu dikuasakan oleh peralatan kitaran gabungan GE Vernova Berkecekapan Tinggi, DisejukkanUdaradan dijangka menjana tenaga elektrik yang mencukupi bagimembekalkan tenaga kepadakira-kira 2.5 juta kediaman di Malaysia.
"Di bawah syarat perjanjian selama 21 tahun, GE Vernova dijangka menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan sertapenyelesaian perisian bagimeningkatkan keterlihatan aset, kebolehpercayaandan ketersediaan loji," kata GE Vernova dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Power Asia GE Vernova, Ramesh Singaramberkata syarikat ini mempunyai kelayakan yang unik bagimenyokong peralihan tenaga Malaysia.
Katanya, syarikat itu jugamembantu memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di negara ini.
“Kami berbangga untuk menambah loji jana kuasaini kepada 116 unit yang beroperasi di seluruh dunia danmengumpul lebih tiga juta jam operasi komersial,” katanya.
— BERNAMA