\’Local To Global Retails\’ Produk Tempatan Tembusi Pasaran Antarabangsa

6388d37b1ac60a9b67110236aabf3880670a5616c7e3eKetua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar (tengah) memotong reben tanda pelancaran Program Citarasa Malaysia di AEON Makahuri New City hari ini.

CHIBA, (Tokyo-Jepun) 12 Okt (Iteenews) — Pengenalan inisiatif 'Local To Global Retails Produk Usahawan Tempatan' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan memperkasakan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.

Ketua SetiausahanyaDatuk Seri Mohd Sayuthi Bakar berkata inisiatif itusekali gus membantu produk tempatanmenembusi rangkaian peruncitan pasar raya dan pasar raya besar yang mempunyai cawangan di luar negara.

Selain itu, pendekatan berkenaan jugadigunakan dalam 'Program Malaysia Fair–Taste of Malaysia'yang diadakan di enam cawangan AEON Co(M) Bhd di sekitar Tokyo, Jepun.

“Pendekatan ini di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) iaitu kita gunakan platform peruncitan antarabangsa di bawah kawalan kementerian dan manfaatkan ia untuk membawa produk tempatan yang telah berada dalam pasaran Pasar raya AEON Co(M) Bhd.

“Berdasarkan pengalamandaripada berbagai-bagai pameran perdagangan untuk membawa produk ke pasaran luar negara yang pernah dibuat pelbagai kementerian, dari segi pemasaran itu sukar. Dengan bantuan penjual,khususnya AEON maka kita dapat kenal pasti jenis produk serta membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menyediakan produk sesuai dengan keperluan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Iteenews selepas melancarkan Program Pameran Malaysia – Citarasa Malaysia di AEONMakuhariNew City di sinihari ini.

Turut hadirPengarah Urusan AEON Co (M) BhdNaoya Okada, Pengerusi AEON Co (M) Bhd Datuk Iskandar Sarudin,Pengarah dan Pegawai Pengurusan Eksekutif AEON Retail Japan Yoshiro Hamaguchi serta Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun Anwar Udzir.

Mohd Sayuthi berkata melalui inisiatif itupasaran produk PMKS lebih terjamin sekali gus diharap dapat meningkatkan hasil jualan.

“Selain produk, kita juga nak melihat potensi pasaran bagi produk baharu, tadi pun kita tengok mereka ini lebih gemarkan buah-buahan, jadi kita akan bersama dengan kementerian (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) untuk bincang apa jenis produk buah-buahan yang boleh dibawa bersama melalui platform Retail To Global ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *