fb AFC Asian Cup
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Iteenews) — Filipina menghampiri final sulung mereka dengan bergaya selepas menewaskan juara bertahan Thailand 2-1, pada perlawanan separuh akhir pertama Piala ASEAN 2024 di Stadium Memorial Rizal, Manilamalam ini.
Turun dengan serba biru, pasukan tuan rumah bimbinganAlbert Capellas yang menerima sokongan padu penyokong sendiri, mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Selepas beberapa siri serangan, pasukan pelawat kendalianMasatada Ishii akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada hujung separuh masa pertama, menerusi satu gerakan balas pantas yang disudahkanSuphanan Bureerat selepas menerima hantaran Patrik Gustavsson pada minit ke-45.
Di hujung tambahan masaseparuh masa kedua, Enrique Linares muncul wira The Azkals apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95menerusi tandukan, selepas menyambut tandukan Paul Tabinas dalam kotak penalti, hasil sepakan percuma Zico Bailey.
Kejayaan malam ini menyaksikan Filipina menewaskan Thailand buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun di semua pertandingan, selepas kali terakhir merakam kemenangan 1-0 pada Jun 1972.
Ini bakalmenjadi motivasi penting Filipina menjelang aksi timbal balik yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, BangkokIsnin depan.
<!––>
Sebagai rekod, Filipina belum pernah mara sehingga ke final Piala ASEAN yang sebelum ini dikenali antaranya Kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), dengan kali terakhir beraksi di pentas separuh akhir adalah pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka tewas agregat 2-4 kepada Vietnam.
— BERNAMA