Lima Sekeluarga Termasuk Empat Kanak-kanak Maut Dalam Kebakaran Di Jasin

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka

JASIN, 13 Feb (Iteenews) — Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah separuh kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi itu telah pun 80 peratus terbakar.

"Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa terselamat," menurut kenyataan itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA