Pengarah Bahagian E-Invois Jabatan Operasi Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Dr. Rasyidah Che Rosli (kanan) pada Program Ruang Bicara bertajuk \’Persediaan Menuju Pelaksanaan E-Invois Fasa Kedua\’ terbitan Iteenews TV malam ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Pengarah Bahagian E-Invois Jabatan Operasi Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Dr. Rasyidah Che Rosli pada Program Ruang Bicara bertajuk \’Persediaan Menuju Pelaksanaan E-Invois Fasa Kedua\’ terbitan Iteenews TV malam ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Previnna Thuraisingam
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Iteenews) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 107.5 juta e-invois daripada pembayar cukai sejak sistem itu dilaksanakan pada 1 Ogos lepas.
Pengarah Bahagian e-Invois Jabatan Operasi Cukai LHDN Dr Rasyidah Che Rosli berkata sambutan tersebut merupakan perkembangan positif yang diterima daripada pembayar cukai bagi fasa pertama pelaksanaan sistem itu serta penyertaan lebih awal secara sukarela oleh pihak yang sepatutnya melakukan pada fasa dua dan fasa tiga.
“Ini boleh dikatakan pencapaian positif dengan lebih 35 peratus (pembayar cukai) yang menjalankan (e-Invois) secara sukarela," katanya kepada Iteenews ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Iteenews TV di sini, Rabu.
Ruang Bicara kali ini mengupas tajuk ‘Persediaan Menuju Pelaksanaan e-Invois Fasa Kedua'.
E-Invois merupakan invois dalam format digital representasi yang mengandungi maklumat transaksi antara penjual dan pembeli termasuk maklumat sedia ada seperti jenis barang, kuantiti, harga, jumlah yang perlu dibayar, maklumat cukai dan sebagainya.
Semua pembayar cukai di Malaysia yang menjalankan aktiviti komersial diwajibkan untuk melaksanakan e-Invois dengan garis masa pelaksanaan yang berbeza bergantung pada pendapatan atau jualan tahunan.
Rasyidah berkata LHDN menyasarkan sebanyak 14,000 pembayar cukai bagi pelaksaan e-Invois fasa dua yang akan bermula 1 Januari depan.
Beliau berkata kalangan yang terlibat adalah pihak berpendapatan atau yang memperoleh jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta.