KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Iteenews) — Imperial Lexis Kuala Lumpur oleh Lexis Hotel Grouptelah dibuka secara rasmi, menetapkan standard baharu dalamkehidupan mewah serta hospitaliti bertaraf dunia, dan bersedia untuk menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di bandar ini.
Kumpulan itu melaluisatu kenyataan berkata hartanah dengan 53 tingkat itu menjadi satu-satunya aset di Kuala Lumpur yang menawarkan kolam renang peribadi di setiap 275 bilik dan suite servisnya.
Hartanah ini menggabungkan bahan mesra alam dalam fasilitinya,di samping penggunaan teknologi cekap tenaga sehingga membolehkan tetamu menikmati kemewahan dengan jejak alam sekitar yang agak kecil.
“Dengan menerima inovasi, Imperial Lexis Kuala Lumpur menjadi pelopor penggunaan teknologi dalam operasi hariannya, menawarkan daftar masuk mudah alih yang lancar melalui tablet dan peranti mudah alih, ini secara berkesan mengurangkan pergantungan pada bahan bercetak.
“Pendekatan pemikiran ke hadapan ini memastikan penginapan yang canggih dan mampan,” kata Lexis Group.
Imperial Lexis Kuala Lumpur kini menerima tempahan dan ianya boleh dibuat melalui https://www.imperiallexiskl. com/ atau https://www.imperiallexiskl.com/ untuk tawaran eksklusif.
— BERNAMA