Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Pasir Puteri

Kredit : JBPM Pahang

KUANTAN, 15 Mei (Iteenews) –Kegembiraan empat rakan berkelah di Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dihanyut arus deras, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada5.54 petang dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata mangsa, Wan Izani Wan Mohd, 29, berasal dari Kelantan dihanyutkan arus deras sewaktu mandi dan diacuba diselamatkan rakannya namun tidak berjaya.

“Operasi mencari dan menyelamat Wan Izanisedang dijalankan dengan kaedah mencari di permukaan air,” katanya.

Dalam kes lain,jurucakap itu memaklumkan seorang lelaki maut selepas tertimbus di dalam anak sungai ketika menjalankan aktiviti mencari emas di Kampung Berhamah, Merapoh, dekat sini malam tadi.

Mangsa, Ayub Ahmad, 37, dipercayai menggunakan sebuah jentera jenis JCB untuk mengorek dasar sungai sebelum turun ke lokasi korekan dengan memakai peralatan “body airline” bagi mencari emas.

“Pihak polis dan orang kampung telah berusaha mengorek tempat mangsa tertimbus sebelum ketibaan pihak bomba. Mayat mangsaberjaya dikeluarkanpada 11.15 malam,” katanya.

— BERNAMA