Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan semasa sesi soal jawab lisan pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Ke-15, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
SEREMBAN, 25 Nov (Iteenews) — ProjekAgropolis Negeri Sembilan menunjukkan kemajuan memberangsangkan dengan pembangunan 1,431 hektar kawasan melibatkanperuntukan RM16.5juta sejak 2021 hingga September lepas.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Pertang) berkata bagi tempoh ituprojek tersebut menyumbang 212,617 tan metrik hasil tanaman makanan termasuk buah-buahan, sayuran, tanaman industri berpotensidan padibernilai RM815.94 juta.
“Seramai 1,590 penerima manfaat daripada pembangunan teras kedua dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilansekali gus menyaksikan projek ini memberikan sumbanganbesar kepada ekonomi negeri," katanya padapersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-Sungai Lui) mengenai pencapaian pembangunan pertanian di kawasan agropolis dinegeri ini.
Jalaluddin berkatapembangunan agropolis melibatkan daerah Jempol, Tampin, Rembau dan Kuala Pilah yang turut membantu komuniti desa.
Beliau berkata dalam Belanjawan 2025, kerajaan negerimemperuntukkan RM8.63 juta untuk melaksanakan lapan inisiatif keterjaminan makanan termasuk memperkukuhpembangunan agropolis menerusi penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Selain itu, Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri berkatapenanaman kelapa laut di negara ini kurang sesuaidiusahakan secara komersial atau dijadikan sumber makanan alternatif.
Beliau yang menjawab soalanP.Gunasekaran (PH-Seremban Jaya) berhubung cadangan menanam kelapa lautdi negeri ini kerana mempunyai nilai komersial tinggi, Jalaluddin menjelaskan jenis tanah dan iklim negara tidak sesuai dengan tanaman yang berasal dari Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi itu.
–BERNAMA