Leader Energy Peroleh Pelaburan Lebih US$100 Juta Daripada CAF II

def96c2306b7e422a50e53a243fda352670674679f2e0Leader Energy Group

KUALA LUMPUR, 9 Okt(Iteenews) –Leader Energy Group Bhd, syarikat pengeluar telekomunikasi dan kuasa berjaya memperoleh pelaburan lebih US$100 juta (US$1=RM4.28) daripada Dana Kerjasama Pelaburan China-ASEAN II (CAF II).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pelaburan berkenaan bertujuan untuk menyokong pengembangan portfolio penjanaan tenagaboleh baharu dan penghantaran tenaga oleh Leader Energy di Asia Tenggara.

“Kami bersyukur atas sokongan dan keyakinan yang diberikan oleh CAF II ketika kami berusaha untuk mempercepatkan pertumbuhan portfolio tenaga boleh baharu dan menyumbang kepada peralihan tenaga di rantau ini ke arah sifar bersih.

“Prinsip pelaburan mereka sejajar dengan komitmen kami terhadap masa depan yang mampan, mempercepatkan usaha kami untuk menyumbang dan mempromosikan tenaga bersih,” kata Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BersamaDatuk Sean H’ng.

Leader Energy kini mengendalikan aset dengan gabungan kapasiti terpasang tenaga hidro dan solar melebihi 550 megawattbersama-sama dengan talian penghantaran sepanjang 235 kilometer di seluruh Asia Tenggara.

Syarikat itu juga memiliki senarai projek yang mantap dan menyasarkan untuk menggandakan kapasiti terpasangnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Melalui perkongsian dengan CAF II, Leader Energyberhasrat untuk mempercepatkan rangkaian projeknyayang kukuh di seluruh rantau ini dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat tenaga boleh baharu yang terbesar di Malaysia.

CAF II, dengan komitmen modal awal sebanyak US$1 bilionmerupakan dana ekuiti persendirian infrastruktur yang menumpukan kepada pasaran Asia Tenggara.

Ini adalah projek pelaburan kedua CAF II, selepas pelaburan pertamanya dalam aset tenaga geotermal Pertamina di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *