LBS Bina Berbincang Mengenai HOA Menjelang Penyahsenaraian Nylex

9e65a424a423938223c26aa2b41581936553a83aebc94

KUALA LUMPUR, 10 Mac(Iteenews) — LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) sedang mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan perjanjian induk dasar (HOA) susulan penyahsenaraianNylex (Malaysia) Bhd daripada Bursa Malaysia yang dijadualkan esok.

HOA itu masing-masing antara LBS,Ancom Lynex Bhd, Nylex, Sinar Bina Infra Sdn Bhd dan BTS Group Holdings Public Company Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, LBS Bina berkata perbincangan itu mempertimbangkan dengan teliti fakta berkaitan, keadaan semasa dan perkembangan mengenai HOA bagi menentukan tindakan seterusnya yang sesuai diambil.

Nylex dijadualkan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berikutan kegagalan syarikat tersebut menyerahkan pelan penyusunan semula tepat pada masanya.

Syarikat tersebut tidak aktif sejak menjual perniagaannya kepada syarikat induknya, Ancom Bhd yang dinamakan semula sebagaiAncom Nylex Bhd pada Januari 2022.

Selepas melupuskan aset dan liabilitinya kepada Ancom, Nylex mengemukakan cadangan untuk melaksanakan pembangunan bersepadu di Johor Bahru yang menyaksikansistem transit aliran ringan (LRT) disambungkan ke stesen sistem transit rapid(RTS).

Kemudian, ia memasuki ke dalam HOA pada Mac 2022.

— BERNAMA