— fotoBERNAMA (2024)
BEIJING, 7 Nov (Iteenews) –Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China yang berakhir hari ini, berjaya menjana potensi eksport bernilai RM3.2 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Beliau berkata ini dicapai dalam pertemuan bersama 24 buah syarikat mewakili pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, aeroangksa space, kenderaan elektrik, automotif sertaperanti perubatanyang menyertai sidang meja bulat pada Khamis, bersempena lawatan itu.
“Sesi itu turut disertai syarikat dalam sektor perdagangan, terutamadalam sektor produk-produk kimia, pertanian dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media di akhirlawatan kerja Perdana Menteri yang bermula pada 4 November lepas.
Terdahulu, Anwaryang juga Menteri Kewangan itu, turut mengadakan mesyuarat perniagaan bersama China International Capital Corp (CICC), sebuah syarikat pengurusan pelaburan dan perkhidmatan kewangan multinasional milik negara itu.
Selain Tengku Zafrul, Perdana Menteri turut diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Ini merupakan kunjungan ketiga Anwar ke China sebagai Perdana Menteri selepas lawatan pertama pada Mac 2023 dan berikutnya pada September tahun yang sama.
Mengulas selanjutnyaTengku Zafrul turut berkata Malaysia telah meraih sejumlah pelaburan dari China dan angka sebenar akan diumumkan kelak.
“Kita tiadaangka (tepat) yang boleh diumumkan (sekarang), cuma banyak projek yang sudah di tahap akhir manakala ada yang di peringkat perbincangan.
“Secara umumnya, ini menunjukkan peningkatan pada tahun ini dan kita akan umumkannyadalam masa terdekat,” katanya.