Lawatan PM Anwar Ke UK Berjaya Tarik Potensi Pelaburan Bernilai RM11 Bilion

5bcdfcc49ec57ef5d8ffd0528e0a4b77678b0085dab06Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan ketika sidang media berhubung lawatan kerja beliau ke United Kingdom, London hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 18 Jan (Iteenews) — Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK)yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Anwar yang juga Menteri Kewanganberkata potensi eksport yang dijana dalam tempoh lima tahun akan datang berjumlah RM500 juta yangmeliputi produk peralatan dan komponen pesawat, perabot serta makanan dan minuman.

Perkembangan itu,kata beliau, turut menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia selain hubungan kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan UK.

“Dalam pertemuan dengan ketua-ketua syarikat yang diselaraskan olehLembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), nampaknya ada peningkatan mendadak dari segi kesediaan (untuk melabur),” kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja itu di sini.

Dalam lawatanitu, Anwarturut mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat besar di UK seperti Standard Chartered dan Jaguar Land Rover.

Mengulas selanjutnya,Anwar berkongsi wujudnya tanda-tanda keyakinan daripada pihak kerajaan UK dan Perdana Menterinya Sir Keir Starmeruntuk mengukuhkan lagi kerjasama sertahubungan dengan Malaysia.

Beliau juga telah dimaklumkan Starmer akan menghantar Menteri Pembangunan UK Anneliese Dodds ke Malaysia pada bulan depan dan disusuli dengan kehadiran Menteri Indo-Pasifik Catherine West pada Mac depan.

“Bila mendapat isyarat seumpama itu nampaknya sudah ada komitmen untuk melabur RM11 bilion dalam pelbagai sektor seperti automatif, digital, tenaga boleh baharu, perbankan, hartanah dan petrokimia,” kata beliau.