Laksa Johor MakEte \’Terbang\’ Ke UK Menerusi Platform e-Dagang Halal Street UK

aadb7105694a252ade0804361d2ab2b867bc4c1c4a7dfPengarah Warisan Indi Network, Laksa Johor MakEte, Siti Sainiza Saidin, 49, menunjukkan produk Kuah Laksa Johor segera dan Laksa Johor yang ditawarkan kepada pengunjung yang hadir pada Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru Coast Conference Centre semalam.Siti Sainiza Saidin, berkata dua produknya iaitu Kuah Laksa Johor segera dan Laksa Johor segera yang mempunyai keenakan rasa ikan parang itu diusahakan sejak 2021 dan dipasarkan menerusi platform berkenaan sejak Oktober tahun lepas. \”Usaha bagi memasarkan produk kita ini dibantu oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), ia mula dipasarkan di Halal Street UK pada Oktober tahun lepas dan kita perlahan-lahan terima permintaan.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Nur Fatin Mohmad Kedenen

KOTA TINGGI, 24 Feb (Iteenews) — Laksa Johor MakEte dari Segamat, keluaran seorang pengusaha wanita diterbangkan ke United Kingdom (UK)menerusi platform e-dagang Halal Street UK.

Pengarah Warisan Indi Network Siti Sainiza Saidin, 49, berkata dua produknya iaitu Kuah Laksa Johor segera dan Laksa Johor segera yang mempunyai keenakan rasa ikan parang itu diusahakan sejak 2021 dan dipasarkan menerusi platform berkenaan sejak Oktober tahun lepas.

“Usaha bagi memasarkan produk kita ini dibantu oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Ia mula dipasarkan di Halal Street UK pada Oktober tahun lepas dan kita perlahan-lahan menerima permintaan.

“Saya bersyukur diberikan peluang untuk mengeksport produk ke UK. Jadi orang di sana dan rakyat Malaysia khususnya dapat merasai keunikan dan keenakan Laksa Johor dengan mudah,” katanya kepada Iteenews ketika ditemui pada Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Pusat Konvensyen Desaru Coast di sini, semalam.

Usahawan di bawahPerbadanan Usahawan Johor (PUJB) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) itu berkata produk resepi turun temurun keluarganya itu dihasilkan tanpa bahan pengawet serta menggunakan teknologi retort.

“Maklum balas daripada pelanggan yang membeli produk adalah baik. Mereka memaklumkan Kuah Laksa Johor dan Laksa Johor segera ini menepati cita rasa.

“Konsepnya (makanan) segera. Jadi ia memudahkan pelanggan dengan perlu dipanaskan sahaja dan selepas itu sediadimakan,” katanya.

Menurutnya setakat inikebanyakan permintaan adalah dariJohor, dengan produk ini boleh didapati di Halal Valet, Angsana Johor Bahru Mall dan kira-kira 15 vendor di sekitar Segamat, Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru.