Nazaiful Affendi Zainal Abidin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Iteenews) –Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melantik Nazaiful Affendi Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
KWAP dalam kenyataan berkata Nazaiful memiliki pelbagaikepakaran untuk pasukan eksekutif dengan pengalaman selama lebih 25 tahundalam strategi pelaburan dan penyelidikan melibatkanpelbagai pasaran dan kelas aset.
“Berdasarkan kepakaran luas beliau dalam industridan pemahaman yang mendalam mengenai dinamik pasaran,Nazaiful akan menerajustrategi korporat, kemampanan dan inisiatif perkhidmatan KWAP,” katanya.
Menurut KWAP, Nazaifulakan memfokuskan untuk memajukan visi jangka masa panjang organisasi danmeningkatkan penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam perusahaan.
Kepimpinan beliau dijangka memperkuat kedudukan KWAP sebagai dana pencen kekayaan negara bertaraf dunia dan menyokong keutamaan agenda negaraterutamadalam memberikan maklum balas terhadap keadaan pasaran yang berkembang dan penekanan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang semakin meningkat, katanya.
— BERNAMA