Kubah Pengering Solar Pertama Perkasa Ekonomi Nelayan Teluk Kemang

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir (dua, kiri) melihat pemprosesan ikan kering selepas Majlis Penyerahan Kubah Pengering Solar kepada Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang semalam.

PORT DICKSON, 17 Jan (Iteenews) — Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengambil inisiatif proaktif membangunkan kubah pengering solar pertama di negeri ini bagi meningkatkan pengeluaran ikan kering sekali gus memperkasakan ekonomi komuniti nelayan di Teluk Kemang.

Pengerusi MAINS Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadirberkata kerjasama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih 200 nelayan dengan menambah pendapatan dalam penghasilan pelbagai jenis ikan kering atau ikan masin.

"Kubah pengering ituadalah daripada dana wakaf dikumpulkan melalui inisiatif wakaf MAINS, bertujuan membantu meningkatkan pendapatan komuniti nelayan di sini,fasiliti ini dapat memproses ikan kering lebih cepat iaitu dalam masa tiga hingga empat jam bagi ikan bersaiz kecil, sebelum inimemerlukan masa empat hingga lima hari, kalau musim hujan, mungkin lebih lama.

“Contohnya, ikan talang segar berharga lingkungan RM5 sekilogramitu kadang-kadang kurang pembeli, tetapi ikan talang kalau dijadikan ikan masin harga mencecah RM40 sekilogram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kubah pengering solar diPersatuan Nelayan Teluk Kemangdekat sini.

Beliau berkata menerusi teknologi itu,ikan dapat dikeringkan secara lebih efisien, bersih dan konsisten sekali gus meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran.

Abdul Aziz berkata menjelang Ramadan, permintaan terhadap ikan kering akan meningkat kerana makanan itumenjadi pilihan juadah berbuka puasa dan bersahur.

Beliau berkata selain memproses ikan kering, fasiliti itujuga boleh digunakan untuk menghasilkan cili kering.

"Kubah pengering itujuga boleh digunakan untuk mengeringkan sayuran seperti cili, harga cili kering lebih mahal, kebanyakan cili kering ini kita import, jadi manfaatkan fasiliti ini sebaiknya," katanya sambil menambah para nelayan di sekitar Port Dickson juga boleh menggunakan kemudahan berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Kemang, Mohd Faudzi Mohamed Zakaria berkata kos keseluruhan pembinaan fasiliti itu lebih RM130,000 dan proses penghasilan ikan kering menggunakan tenaga solar lebih berkualiti dan dijamin bersih.