KTMB Raih Anugerah Brandlaureate

b2b32fe44095c63a213df09421007c3f64a8454176890

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Iteenews) –Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meraih anugerah BrandLaureate BestBrands Awards 2024dalam kategori Pengangkutan – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) oleh The World Brands Foundation (TWBF).

Anugerah itu disampaikan kepada Ketua Kawalan Operasi KTMBAfzar Zakariya pada majlis makan malam gala TBWF semalam, yang mengesahkan pencapaian dan sumbangan penting syarikat itu terhadap industri pengangkutan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMBDatuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata anugerah itu mencerminkansokongan para penumpang terhadap jenama ETS sebagai mod pengangkutan pilihan yang menyaksikan23 peratus peningkatanjumlah penumpang dari 2022 hingga 2023.

Beliau berkata setakat Julai lepas, ETS telah memberikan perkhidmatan kepada 2,435,107 penumpang.

“Kita memulakan penjualan tiket enam bulan lebih awal bagi membolehkan penumpang mempunyai masa mencukupi untuk merancang percutian mereka serta mendapat manfaat daripada tambang yang lebih rendah apabila membeli tiket lebih awal.

“Strategi ini membuahkan hasil sangat positifdengan tiket hujung minggu amat popular dan kerap kali habis dijual,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Rani Hisham berkata menjelang Oktober ini, perkhidmatan ETS akan mengembangkan rangkaiannyake Segamat, Johor sekali gusmeluaskan jangkauannya ke selatan tanah air.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *