KPK Sasar Eksport Perabot Kayu Capai RM14 Bilion

c70c9021f4837815e611c5485a19ff8767c2e36bbff23Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin menyampaikan ucapan pada Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 di Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Iteenews) –Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mencapai RM14 bilion dalam eksport perabot kayu yangmenyumbang 50 peratus daripada sasaran RM28 bilion eksport kayu Malaysia sepanjang tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Chan Foong Hin menyatakan keyakinan itusambil menegaskaneksport perabot kayu Malaysia mencatatkan jumlah RM9.9 bilion pada tahun lepas.

"Itulah sebabnya Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) sangat penting dalam menyediakan platform untuk peluang perniagaan selain memastikan setiap peserta mendapat manfaat," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan MIFF di sini hari ini.

Malaysia sedang berusahamencapai sasaran eksport kayu sebanyak RM28 bilion yang ditetapkan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2030.

Pada 2024, eksport produk kayu Malaysia mencapai RM22.9 bilion manakala eksport perabot kayu berjumlah RM9.9 bilion dengan peningkatan sebanyak 8.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Industri kayu kekal sebagai penyumbang ketiga terbesar kepada eksport komoditi negara.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas MIFF, Datuk Tan Chin Huat berkata pameran tersebut menyasarkan sekurang-kurangnya peningkatan lima peratus dalam jualan di tapakpameran berbanding US$1.28 bilion tahun lepas. (US$1 = RM4.46).

“Melihat kepada sambutan pagi ini, saya cukup optimis. Saya melihat banyak muka baharu. Nampaknya orang ramai kembali untuk membeli… MIFF bukan sahaja pameran perdagangan; kami melakukan banyak usaha, bekerjasama dengan industri.

“Kami juga menganjurkan dan menaja pelbagai aktivitiseperti pertandingan reka bentuk untuk memupuk pereka muda dari Malaysia,” katanya.