Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada sesi menjawab Perbahasan Belanjawan 2025 sempena Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Iteenews) — Kementerian Perladangan dan Komoditi, menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), sedang berbincang dengan beberapa agensi termasukPihakBerkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untukperlaksanaan Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil.
Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata selain RISDA, perbincangan turut berjalan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) serta persatuan-persatuan pekebun-pekebun getah kecil diMalaysia.
Perbincangan tersebut adalah untuk mengenalpasti pemilik-pemilik ladang yang sudah tidak mahu atau tidak mampu mengusahakan tanaman getah mereka, supaya boleh diambil alih dan diusahakan oleh kerajaan melalui sistem pajakan.
“Apa yang sedang kita rancang sekarang adalah LGM mahu berbincang dengan RISDA supaya RISDA menjadi agensi penggerak kepada konsolidasi, mewujudkan sebuah syarikat pengurusan dan berjumpa dengan kesemua pekebun kecil yang sudah tidak mahu menoreh.
“Kita akan berbincang untuk mengambil tanah-tanah pekebun-pekebun kecil ini, mungkin dengan cara pajakan, kemudian kita akan menggaji penoreh-penoreh dengan gaji tetap bagi mengusahakan ladang tersebut serta membahagikan hasil keuntungan dengan pemilik ladang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di peringkat dasar bagi Kementerian Perladangan dan Komoditidi Dewan Rakyat hari ini.
Perancangan dalam mewujudakn satu sistem konsolidasi untuk pekebun-pekebun getah kecil yang sudah tidak lagi mengusahakan ladang mereka dapatditadbirmelalui kerjasama antara LGM dan RISDA, yangmanaLGM akan memberi sokongan kepada RISDA bagi mengendalikan sistem berskala besar ini.
“Dahulu kita pengeluar getah nombor satu dunia, tetapi pada hari ini kita mengimport hampir 1.1 juta tan (getah) setahun, dan nilainya lebih kurang RM6 billion. Sedangkan kita ada ladang getah seluas 1.1 juta hektar, yang mana 420,000 hektar tidak bertoreh.
“Duit keluar, beli getah daripada Thailand, Vietnam dan Ivory Coast dan kita bawa masuk. Sepatutnya RM6 billion ini (nilai import) diberi kepada pekebun kecil, tetapi kebanyakkan pekebun kecil ini sudah tua dan tidak berdaya untuk keluar menoreh, di tambah pula denga saiz tanah yang kecil,” katanya.