KUALA LUMPUR, 21 Feb (Iteenews) — Universiti KPJ Healthcare (KPJU) secara rasmi melancarkan program perkongsian baharunya, mengukuhkan komitmen untuk memacu inovasi, pendidikan dan penyelidikan dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia.
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) serta Pengerusi KPJUDatuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata inisiatif itubertujuan meningkatkan kerjasama antara institusi akademik, penyedia penjagaan kesihatan dan pemain industri bagi memperbaiki penjagaan perubatan dan hasil rawatan.
"Visi kami jelas, untuk mengubah hospital menjadi pusat pembelajaran dan inovasi berterusan, mengintegrasikan pandangan yang dipacupenyelidikan ke dalam penjagaan pesakit dan membangunkan profesional penjagaan kesihatan yang memenuhi keperluanmasa depan," katanya dalam ucapan pembukaan Majlis Pelancaran Partnerships for Impact: Advancing Healthcare through Education & Research, di sini semalam.
Majlis itu dirasmikan Menteri PendidikanTinggiDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadirdan dihadiriKetua Pengarah Pendidikan TinggiDatuk Prof Dr Azlinda Azman, Canselor KPJUProf Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare BerhadChin Keat Chyuanserta rakan-rakan kongsi.
Sebagai sebahagian inisiatif itu, KPJ bekerjasama dengan TrustR, Arcadia Life Sciencedan Supergenic Life Sciences, yang berkongsi komitmen sama untuk menjadikan penyelidikan sebagai asas untuk penjagaan yang lebih baik, diagnosislebih pantasdan harapan baharu untuk pesakit memerlukan.
"TrustR memanfaatkan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membangunkan pengukuran biomarker bukan invasif, menjadikan pengesanan awal lebih tepat dan boleh diakses. Sementara itu, Arcadia Life Science memberi tumpuan kepada pemeriksaan kanser bukan invasif, yang dapat mengubah strategi rawatan dan meningkatkan kadar kelangsungan hidup.
"Selain itu, Supergenic Life Sciences memajukan ujian klinikal terapi sel stem untuk pemulihan strok, membawa kita lebih dekat untuk memulihkan fungsi dan kualiti hidup bagi pesakit strok," katanya.
KPJ juga bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk memperkukuh kemampuan Malaysia dalamprecision medicine dan pencegahan penyakit.
Program ini juga meliputi pembangunan kepimpinan, dengan KPJ melancarkan inisiatif pendidikan eksekutif baharu menerusikerjasama Universiti Melbourne dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).