Koridor Ekonomi Penting Untuk Capai Sasaran Perdagangan Dua Hala US$30 Bilion – PM Thai Paetongtarn

b5c19c77f33e7ab982821378aec30fba67b00b3090cf9Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Perdana Putra pada 16 Dis tahun lepas.

Oleh Linda Khoo

KUALA LUMPUR, 15 Feb(Iteenews) –Thailand dan Malaysia sedang mempercepatusaha untuk memanfaatkanpotensiperdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan sasaranmewujudkan koridor ekonomi yang berkembang maju di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri ThailandPaetongtarn Shinawatra Paetongtarn Shinawatra menekankan kepentingan hubungan yang lebih kukuh, penyelarasan peraturan dan pengukuhaninfrastruktur untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala US$30 bilion menjelang 2027.

Paetongtarn, 38, berkata, Malaysia merupakan antararakan dagangan terbesar Thailand di ASEAN, dengan purata nilai perdagangan sebanyak US$24.73 bilion setahun dari 2017 hingga 2023.

“Dengan perdagangan sempadan ketika ini menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah nilai perdagangan dua hala, aktiviti ekonomi di sepanjang sempadan Thai-Malaysia adalah pemacu utama kepadapembangunan ekonomi kedua-dua negara.

"Saya percaya masih ada ruang untuk berkembang, dan kedua-dua negara harus menggalakkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan rentas sempadanuntuk mencapai nilai perdagangan yang disasarkan," katanya kepada Iteenews menerusi satu temu bual bertulis.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai strategi dan inisiatif khusus yang dicadangkan Thailand untuk mencapai sasaran meningkatkan perdagangan dua hala mencecahUS$30 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.

Thailand kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia yangmerupakan rakan dagangankedua terbesar dalam ASEAN pada 2023, dengan perdagangan dua hala bernilai US$24.83 bilion (RM113.16 bilion).