Komentar Malaysia: Ekonomi Berkembang Pesat, Rakyat Makmur

9dd3f3564947ef658b00dc2b257a7b3e627e2617a9b87

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin & Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Iteenews) –Prestasi ekonomi Malaysia terutamanya pertumbuhan pesat pada suku kedua yang mengatasi jangkaan bukan sahaja mencerminkan daya tahan ekonominya tetapi turut membuktikan bahawa dasar-dasar yang dikritik sebelum ini mula menampakkan hasil.

Lebih memberangsangkan ialah nilai ringgit yang meningkat, kehematan fiskal melalui kawalan ketat kerajaan terhadap inflasi dan hutang serta pelaburan langsung domestik dan asing yang meningkat telah mendapat sokongan daripada agensi penarafan, yangmengukuhkan sentimen perniagaan dalam pasaran Malaysia.

Sentimen positif ini telah menyebabkan penganalisis mengunjurkan ringgit mengukuh kepada RM4.25 berbanding dolar AS pada akhir 2024 dan berada antara RM4.00 dan RM3.94 pada akhir 2025.

Bagi kebanyakan negara, dasar ekonomi ternyatamengambil masa untuk mendapat manfaatnya, terutama apabila risiko geopolitik mengganggu pertumbuhan.

Namun, bagi Malaysia, ia boleh beralih kepada pertumbuhan yang meningkat dan kemakmuran baharu.

Ini berdasarkan dasar komprehensif yang berpandangan ke hadapan mengenai tenaga bersih dan tenaga boleh baharu, insentif untuk menarik pelaburan dalam semikonduktor serta tahap penggunaan dan pelaburan domestik yang terus baik.

Gabungan ini memberi prospek yang baik kepada rakyat dari segi peningkatan peluang pekerjaan dan pendapatan.

Sentimen pelabur adalah positif melalui aliran masuk asing yang meningkat ke pasaran ekuiti dan bon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *