KLCC Stapled Group Lantik Annies Md Ariff Sebagai Pengerusi

c72e9d7260a701d890a8150342a8ec986474a1c5d7757

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Iteenews) — KLCC Stapled Group melantik Datuk Annies Md Ariff sebagai pengerusi KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC REIT Management Sdn Bhd (KLCCRM), berkuat kuasa 1 Sept2024, menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.

KLCC Stapled Group, terdiri daripadaKLCCP dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KLCC Reit berkata Annies, 69, telah dilantik semula daripada jawatannya sebelum ini sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutifKLCCP dan KLCCRM.

“Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan pengarah bukan eksekutif di KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

“Pengalamannya luas termasuk menjadi pengerusi bukan eksekutif diPembinaan BLT Sdn Bhd dan memegang beberapa jawatan penting dalam Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan,” menurut kumpulan itu.

Annies mempunyai kelayakan profesional dalam bidang kejuruteraan dariInstitusi Jurutera Malaysiadan merupakan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Kelayakan akademiknya, antara lain, termasuk Ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Wales.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *