KUALA LUMPUR, 23 Dis (Iteenews) — KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) telah bersetuju dengan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Land Sdn Bhd untuk membangunkan tanah seluas 196.67 hektar di Bandar Malaysia.
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di sini.
Perjanjian untuk memperoleh tanah itu dibuat pada 4 Oktober, 2024, kata KLCCH dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media mengenaianak syarikatnya, KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) membeli tanah seluas 196.67 hektar di Bandar Malaysia padaharga lebih RM10 bilion.
KLCCP dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata KLCCP bukan pembeli tanah seperti yang dilaporkan oleh portal berita kewangan, The Edge.
“KLCCP mahumemaklumkan bahawa kami bukan pihak yang terlibat dalam urus niaga berkenaan. Kami bukan pembeli tanah seperti yang dilaporkan,” katanya.
Bandar Malaysia adalahprojek pembangunan berskala besar disasarkan untukmenjadi hab bandar bercampur dengan kemudahan kediaman, komersial dan berorientasikan transit (pembangunan bandar yang memperluas ruang dan jumlah kawasan berpenduduk, perniagaan dan ruang lapang untuk jarak berjalan dengan pengangkutan awam).
KLCCH berkata ia akan melaksanakan pembangunan berdasarkan daya maju komersial dalam tempoh jangka panjang.
"Pembangunan ini dirancang sebagai hab perniagaan antarabangsa dan bandar yang boleh didiami dan inklusif untuk komuniti," katanya.