BARCELONA, 5 Nov (Iteenews) –Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept 2025.
Penganjuran itumenonjolkan komitmen negara terhadap inovasi dan pembangunan bandar digital yang mampan di sampung menjadi penerajudi ASEAN.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata penganjuran acara ini akan menjadi satu langkah penting bagi Malaysia memandangkan ia sedang membangunkan keupayaannya dalam teknologi bandar digital.
“Persediaan sedang dijalankan dan kami komited untuk mencipta acara yang mempamerkan kemajuan teknologi selain memupuk dialog bermakna mengenai masa depan perbandaran,”katanya pada pelancaran Pavilion Malaysia untuk Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2024 (SCEWC 2024).
Delegasi Malaysia ke SCEWC 2024 diterajuiGobind, beliau juga diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital CorporationAdrian Marcellus dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)Anuar Fariz Fadzil serta Ketua Pegawai Strategi Digital Nasional Bhd, Datuk Ahmad Zaki Zahid.
Pengumuman mengenai SCE Kuala Lumpur dibuat pada majlis perasmian SCEWC 2024, yang turut mengetengahkan penganjur lain seperti SCE Curitiba di Brazil (Mac), SCE USA (April), Kongres SCE Latam di Mexico (Jun) dan SCE Santiago del Estero di Argentina (Jun).
Menurut menteri tersebut, Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025 akan menjadi platform yang mana pelbagai pihak berkepentingan, akanberkumpul untuk meneroka potensi pembangunan bandar digital dan pintar.
“Kami merancang acara di sekitar kawasan utama untuk memastikan pengalaman yang komprehensif selain memperkayakan pengalaman semua peserta.
“Ini termasuk bangunan pintar yang dilengkapi dengan teknologi Internet Pelbagai Perkara, sistem pengangkutan termaju yang menekankan ketersambungan serta kemudahan, dan penyelesaian tenaga yang mengutamakan kelestarian, ianya akan mengubah Kuala Lumpur menjadi makmal masa nyata kepadapenyelesaian perbandaran yang pintar,” katanya.