KKM Alu-alukan Langkah Kawal Selia Premium Insurans, Takaful, Intervensi

62a0747ec5d446011cd0ebc60f57a4706731e4b3aafc2

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Iteenews) — Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT)adalah intervensijangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyambut baik langkah interim diumum BNM itu memaklumkan bahawa untuk kesan jangka panjang, usaha bersepadu dengan mengambil pendekatan seluruh negara atau whole-of-nationperlu dilaksanakan.

KKM akanmeneruskan inisiatifsedia adayang akan diselaraskan melalui siri libat urus dengan para pemegang taruh termasuk hospital swasta, klinik swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), industri MHIT, ahli ekonomi kesihatan, dan lain-lain.

Di samping itu, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] juga akan disemak semula bagi memperkukuh kerangka kawal selia sektor kesihatan swasta bagi menjamin kesaksamaan akses orang ramai kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dan berasaskan nilai.

“KKM akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan isu ini ditangani secara holistik, dan menjamin penjagaan kesihatan sejagat untuk semua,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Langkah diumum BNM antaranyamelibatkan penginsurans dan pengendali takaful (ITO)untuk melaksanakan perubahan premium yang diagihkan disebabkan inflasi tuntutan perubatanbagitempoh sekurang-kurangnya tiga tahun kepada semua pemegang polisi yang terkesandisebabkan penetapan semula premium.

Inflasi perubatan antaranya berpunca akibat kenaikan gaji dan upah petugas kesihatanselain faktor negara menuju negara menua, menyaksikankeperluan perubatan meningkat disebabkan lebih ramai masyarakat mencapai usia emas.

Ia juga berpunca daripada faktor peningkatan prevalens penyakit tidak berjangkit (NCD)seperti diabetes dan hipertensi yangmenyebabkan lebih ramai rakyat terdedah kepada risiko komplikasi serta penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang tahap akhir, sakit jantung dan kanser.

Tabiat pengguna dan mekanisme pasaran turut memainkan peranan, seperti ‘buffet table syndrome’ iaitu orang ramai memilihpelan perkhidmatan dan menjalani prosedur yang tidak diperlukan disebabkan lebih cenderung membuat pilihan tanpa mempunyai maklumat mencukupi.