Kim Swee Jurulatih Baharu Kelab Indonesia, Persis Solo

Kredit : Fb Persis Solo

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Iteenews) — Bekas pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Persis Solo menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi tadi.

Perkembanganitusekali gus menjawab desas-desus berhubung hala tuju Kim Swee yang turut dikaitkan denganstruktur baharu skuad Harimau Malaya sebelum ini.

Persis Solo ketika ini menghuni tangga ketiga tercorot dalam carta liga dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Khamis lepas, pengendali berusia 53 tahun itu mengumumkan perpisahan dengan skuad Sang Badak selepas kontraknya berakhir secara rasmi 30 Nov ini.

Sejak dilantik pada September 2021, Kim Swee membantu Sabahmenamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain memacu kemaraan ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC musim lepas.

<!––>

— BERNAMA