SEREMBAN, 21 Feb (Iteenews) — Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di sini musnah seratus peratus dalam kebakaran pagi tadi.
Komander Operasi Kanan JBPMNegeri SembilanPgKB II Khir AmirAhmad berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaranitu pada 7.49 pagi.
“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Bahan yang terbakaradalah karpet jadi ambil sedikit masa untuk memadamkan api selain asap tebal dan angin kuat.
“Ketika ini kami sedang kawal api daripada mereka dan kerja pemadaman masih dijalankan. Kebakaran melibatkan kawasan seluas 27.8 x 46.4 meter persegi,” katanya kepada Iteenews di sini hari ini.
Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai kanan dan 28 anggota termasuk beberapa jentera.
— BERNAMA