Kilang Baharu Schott Di Kedah Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Pembuatan Global

bab127409109f45aa4869fa797ed421966fa8c3b12f69 Kredit: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) e8d018b8e35d0f908e41cba4ba303f0066fa8c59a9946 Kredit: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 1fa8c83d948605114bb51536b544c34266fa8c71e0468 Kredit: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Iteenews) — Kemudahan pengeluaran canggih Schott Glass Malaysia Sdn Bhd di Kulim, Kedah, mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan global untuk penyelesaian kaca khusus mewah, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata pelaburan berterusan Schott di Malaysia adalah sejajar dengan visi yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

“NIMP 2030 bertujuan mengubah Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, dan kemudahan baharu Schott di Kulim membuktikan daya tarikan negara sebagai hab industri berteknologi tinggi.

“Peluasan ini bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai malah juga memacu pertumbuhan ekonomi dalam inovasi, teknologi dan keusahawanan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kemudahan di Kulim itu dijangka mewujudkan kira-kira 400 pekerjaan kejuruteraan dan pengeluaran mahir dan menyediakan peluang pekerjaan yang berharga dalam ekonomi tempatan.

Kapasiti Schott dapat ditingkatkan dengan ketara menerusi tapak baharu itu untuk membekalkan komponen optik berkualiti tinggi kepada industri berteknologi tinggi antarabangsa, termasuk realiti tambahan (AR).

Tapak pengeluaran Asia pertama syarikat itu yang terletak di Pulau Pinang dan telah ditubuhkan pada 1974.

Kilang itu telah berkembang menjadi kemudahan termaju yang menggaji lebih 1,300 jurutera mahir dan pekerja pengeluaran, menghasilkan komponen optik dan bahan khusus untuk pelbagai kegunaan berteknologi tinggi.

Ahli lembaga pengarah Schott Dr Andrea Frenzel berkata perasmian kilang Kulim merupakan satu pencapaian penting bagi kumpulan teknologi antarabangsa itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *