KUALA LUMPUR, 27 Mac(Iteenews) — Subsidiari syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB) telahmenjual kapal kerja penginapan yang berusia 11 tahun (AWB) – Keyfield Lestari- kepada Saraf Corporation India Pvt Ltd dari India pada harga US$12.5 juta (RM55.4 juta)
Jualan itu dijangka diselesaikan menjelang Jun 2025, selepas Lestari mengakhiri pajakan semasanya di India.
Pengarah Eksekutif danKetua Pegawai Eksekutif Keyfield Group,Datuk Darren Kee Chit Huei berkata pelupusan Lestari datang pada masa yang sesuai memandangkan kapal itu sedang beroperasi diAsia Selatan. AWBS.
"Pelupusan itu bertujuan untuk membuka kunci nilai Lestari, menghasilkan keuntungan kira-kira RM28 juta untuk syarikat,sambil menyokong strategi pembaharuan dan peningkatan armada memandangkan kapal itu mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding AWB yang lain.
"Hasil daripada pelupusan itu akan digunakan untuk modal kerja atau bagi membiayai pengambilalihan kapal-kapal lain, yang mana syarikat itu akan terus menilai dengan teliti,"katanya.
Beliau berkata ini sejajar dengan agenda kemampanan jangka panjang syarikat untuk mencapai pembaharuan armada, yang memberi tumpuan kepada kapal dengan keupayaan yang lebih tinggi yang boleh berkhidmat kepadapelbagai pelanggan.
— BERNAMA