KUALA LUMPUR, 10 Feb (Iteenews) –Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd menerimaanugerah perintah kerja (WOA) pada Disember 2024 dan lanjutan perintah kerja (WOE) pada November 2024yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
Keyfield International dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perintah kerja tersebut bagipenyewaan dua unit bot kerja penginapan kedudukan dinamik, untukPetronas Carigali di bawah Kontrak Kontraktor Panel bagi Perkhidmatan Kapal Sokongan Luar Pesisir.
"Tertaklukkepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyaitempoh lima hingga enam bulanbermula dari tarikh permulaan masing-masing.
"Kedua-duanya bermula pada Januari 2025 dan mempunyai nilai gabungan kira-kira RM56 juta," katanya.
Keyfield International berkata WOA dan WOE dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagitahun kewangan berakhir 31 Dis,2025.
Pada penutup dagangan, harga sahamKeyfield International merosot dua sen kepada RM2.33.
— BERNAMA